GAGAU IKAN FAMILY DAY 2026 (PROGRAM TEAMUP UMPSA ADVANDED)
Offer Details :
Program Gagau Ikan merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang dianjurkan sempena Family Day UMPSA Advanced. Program ini memberi peluang kepada staf dan ahli keluarga untuk merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional dalam suasana yang santai, menyeronokkan dan selamat. Selain menggalakkan gaya hidup sihat, program ini turut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan kenangan indah bersama.
Bagi aktiviti yang melibatkan kawasan air, kolam atau berlumpur, ibu bapa atau penjaga hendaklah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan mereka mematuhi arahan keselamatan yang diberikan oleh urus setia. Kanak-kanak tidak dibenarkan berada di kawasan aktiviti tanpa pengawasan orang dewasa. Semua peserta disarankan membawa barang-barang seperti berikut:
·Pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti air (Selain Tshirt UMPSA Advanced)
·Sarung tangan getah atau kain.
·Pakaian ganti.
·Sabun dan tuala
·Payung atau topi.
·Plastik beg untuk pakaian kotor.
·Ubat-ubatan (jika perlu).
·Tambahan barang-barang berkaitan (jika perlu).
Offer By :
IntellecTours Sdn Bhd
EDUTOURISM XPLORE FUN RUN 2026
Offer Details :
EDUTOURISM XPLORE FUN RUN 2026
Tarikh : 02 Ogos 2026 (Ahad) Lokasi : Menara 188, Kuantan, Pahang Flag Off : 7.15 Pagi
Kategori Penyertaan • 5KM Fun Run & Walk • Terbuka kepada semua peringkat umur
Hadiah Menarik • Pelbagai cabutan bertuah. • Hadiah utama berupa basikal, barangan elektrik dan hamper.
Jom bawa keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang untuk menikmati pengalaman unik yang menggabungkan gaya hidup sihat, pelancongan dan kebudayaan dalam suasana yang penuh keceriaan.
COMING SOON – FAMILY COLOURING SG. LEMBING FUN WALK
Pernah sertai fun walk penuh warna bersama keluarga di kawasan kampung yang indah? Jom meriahkan suasana Sungai Lembing dengan aktiviti santai, sihat dan harmoni sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang memukau!
- 18 Julai 2026 (Sabtu) - Sungai Lembing, Kuantan, Pahang - Family Colouring Fun Walk
Terbuka untuk semua kaum & peringkat umur
Aktiviti colouring & fun walk bersama keluarga
Laluan menarik dengan pemandangan Sungai Lembing
Merapatkan hubungan komuniti & keluarga
Suasana santai, sihat & penuh keceriaan
⚠️SPECIAL EARLY BIRD OFFER! ⚠️ 500 peserta terawal akan menikmati DISKAUN RM5
Bagi penyertaan yg ke 501 yuran penyertaan adalah RM55.
✨ BERSAMA KITA SIHAT, HARMONI & CINTA KAMPUNG KITA ✨