Program Gagau Ikan merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang dianjurkan sempena Family Day UMPSA Advanced. Program ini memberi peluang kepada staf dan ahli keluarga untuk merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional dalam suasana yang santai, menyeronokkan dan selamat. Selain menggalakkan gaya hidup sihat, program ini turut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan kenangan indah bersama.
Bagi aktiviti yang melibatkan kawasan air, kolam atau berlumpur, ibu bapa atau penjaga hendaklah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan mereka mematuhi arahan keselamatan yang diberikan oleh urus setia. Kanak-kanak tidak dibenarkan berada di kawasan aktiviti tanpa pengawasan orang dewasa. Semua peserta disarankan membawa barang-barang seperti berikut:
·Pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti air (Selain Tshirt UMPSA Advanced)